Thursday, April 19, 2012

Destinasiku - Mesir - Egypt Air

Maaf gambar kurang memuaskan sebab guna Telefon Bimbit cap ayam jer...My Baby Nikon dah simpan dalam tempat barang so malas nak ambil.

Alhamdulillah awal tahun 2012 saya dimurahkan rezeki untuk melawat Bumi Ambia, Mesir hasil dari berkat titik peluh perit jerih bekerja dan hasil perniagaan. Dan ini juga rezeki dari menempuh pelbagai dugaan duniawi dengan hati yang cekal selama betahun-tahun lamanya. Bersyukur pada Allah S.W.T atas rezeki yang diberi Alhamdulillah. Namun perjalanan kami ini sangatlah 'adventure' bukan bersantai-santai di Hotel 5 Bintang, makan terhidang, kantil empuk dll. No! No! Tidak sama sekali. Nak tahu kenapa??? Ikutilah kisah kami.

Inilah kawan sejati sepejabat saya yang sama-sama terbang ke Mesir hasil kata sepakat dan perbincangan kami berbulan-bulan untuk memilih Mesir sebagai Destinasi Pelancongan kami. Kak Haiza Draughting dan Nurul Jurutera Elektrikal di Syarikat saya, mereka ni memang workaholic kadang-kadang kerja sampai pagi nak siapkan kerja.

Kami terbang menaiki Egypt Air, ambil masa dalam 13 Jam sebab transit di Bangkok.

Makanan dalam Pesawat nyummyyyy...memang sedap tido bangun makan..tido bangun makan lagi.

Sempat lagi berposing sebelum terbang.

Taraaaa.....ni sepasang kaki saya yang pertama kali melangkah di Mesir.


No comments: